Saturday, December 15, 2012

Kenapa air masak tidak sesuai untuk bayi? Cukupkah susu ibu sahaja?


Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” 

Bagaimana susu ibu di hasilkan??



Refleks Prolaktin dan Oksitosin

Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.
Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus).  Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
·         Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
·         Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
·         Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
·         Payudara diisi dengan susu semula
·         Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
·         Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
·         Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula

Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.

Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu

Rahsia Anak Bijak Dengan Susu IBU



Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus
 orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.


-----------------------------------
Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!